Tuesday, October 18, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAIMU DALAM DIAM .



Kalau kita sukakan seseorang , JANGAN beritahu dia !
Sebab Allah akan kurangkan rasa cinta padanya . Tp luahkan pada Allah, 
Allah maha mengetahui siapa jodoh kita .


CINTAI DIA DALAM DIAM .
Dari kejauhan dgn kesederhanaan dan kkeikhlasan .
Ketika kau dambakan sebuah cinta sejati yg tak kunjung datang .
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yg lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yg akan menjadi pasangan hidupmu kelak .


Ketika kau tahu bahawa kau mencintai seseorang , dan cintamu tidak berbalas , ketahui lah Allah SWT tahu apa yg ada di depanmu dan Dia sdg mempersiapkan segala yg terbaik utkmu cukup cintai dlm diam . Bukan kerana membenci kehadirannya tetapi menjaga kesuciannya , bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNya , bukan kerana lemah utk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yg begitu halus dan menyusup cukup cintai dari kejauhan  kerana hadirmu tiada kan mampu mejauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yg terjaga cukup cintai dgn kesederhanaan . Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan . Jangan memberi harapan pd yg belum pasti kelak ada insan yg bakal dilukai .








JANGAN menaruh harapan pd yg belum tentu dimiliki nanti hati yg akan kecewa sendiri . Sebaliknya , gantunglah segenap pengharapan pd Yang Maha Memberi , nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi , kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikan dgn caranya yg tersendiri . Cukup CINTAI DALAM DIAM dari kejauhan dgn kesederhanaan dan keikhlasan kerana tiada yg tahu rencana Tuhan, mungkin saja rasa ini ujian yg akan melapuk atau membeku dgn perlahan . 

" If u really love her , u won't touch her . 
Not even the slightest bit . 
U'll protect her dignity and sacredness as a muslimah . 
Just told her in ur heart for a few more years , then u can do it the HALAL way "



pss ; Ya RAbb , berikanlah aku kekuatan perasaan seperti ini . Aminn !

No comments: