Wednesday, April 3, 2013

Syukrann :)

Assalamualaikum :)
Dah april dah kan , alhamdulillah aku bersyukur diberi kekuatan dan peluang untuk terus menghirup udara di bumimu ini Ya Allah :)
Sedar tak sedar dah nak final diploma ! Lau dikire kire dah tak lama , just around the corner . Tolak cuti , tolak tido , tolak posting lebih kurang 2 bulan lebih jee . Memang tak sedar pon , selama hampir 3 tahun aku study in nursing memacam dugaan , pengalaman aku dah lalui . Alhamdulillah :)
Sepanjang tempoh itu , segala yang berlaku menjadikan diri aku lebih matang untuk menghadapi apa apa yang mendatang .

Semakin hampir dengan final , menjadikan aku semakin hampir dengan realiti kehidupan . Yee kehidupan sebagai seorang student nurse menjadi staff nurse , seorang yang mengharapkan duit dari ibu ayah kepada mencari duit untuk mereka dan mungkin dari seorang gadis menjadi seorang isteri atau ibu . Insha Allah ~

Kehidupan perlukan penghijrahan . Daripada kehidupan yang biasa menjadi luar biasa . Daripada seorang yang baik menjadi lebih baik . Daripada yang negatif menjadi lebih positif . Barulahh ada kelainan ataupun perubahan .

Tetapi apa saja yang kita lakukan , yakinlah bahawa Sang Pencipta sentiasa bersama kita . Selalu dan setiap masa , adukan lah apa saa yang terbuku dihati kepadaNYA . Sesungguhnya , Dia maha Mengetahui segala sesuatu yang telah terjadi , bakal terjadi dan akan terjadi :)

Sekian .



No comments: