SENTUHAN TANGAN

Ruangan ini akan mengajar anda erti bahagia menjadi seorang surirumah .
Hehehe .
SENTUHAN TANGAN bermaksud resepi" dari dapur yg akan dimuat turun disini .
Bagi kaum" anak dara mahupun jejaka yg sukakan masak memasak , jemput lah ke rungan ini :)
Hanya resepi" cincai yg dibawa masuk ke sini .
Tak laa sehebat Chef Wan .




Maggi Kari Tiptop !




Ahaa , mungkin bagi yang bergelar tukang masak profesional akan rase 
ape jadah laa menu camni . HAHA .
Takk , tapi nii utk menu simple utk tengahari ataupun sahur di bulan puasa .
Oke laa , senang jee carenyee .

Bahan - bahan :
2 bungkus maggi kari
bawang merah
sayur - mayur ( carrot, kangkung or kailan )
2 biji telur
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos
2 cawan air

Cara - cara :
1. Rebus mi maggi sampai masak dan toskan .
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan perencah kari hingga naik bau .
3. Campurkan dengan air mengikut citarasa sendiri .
4. Masukkan sos dan kicap secukupnyaa .
5. Masukkan sayur - mayur dan telur .
6. Dan last , bole laa mix mi maggi tadi . Siapp ! Bole hidang :)

Simple kan ? Haihh , oke adik" bole laa try !


Tomyam Kaww !





Ini antara favourite saya .
Sangat mudah cara penyediannya , sesuai dihidang utk makan tengahhari bersama keluarga tersayang .
Cuba lahh !


Bahan-bahan ;
- 1/2 ayam dipotong kecil
- 2 biji bawang besar dipotong bulat
- 3 biji bawang putih ditumbuk kasar
- 2 batang serai (dititik)
- Cili merah ( mengikut citarasa anda )
- 1 sudu besar pes besar / 1 kiub tomyam
- 4 helai limau purut
- 3-4 cawan air
- garam & perasa secukup rasa
- sedikit minyak
- sayur- sayuran (kobis , lobak , jagung muda , tomato)

Cara-cara ;
1. Panaskan minyak dlm periuk . Masukkan bawang putih hingga wangi dan perang .
2. Masukkan ayam , kacau sekejap , tutup periuk sebentar
3. Masukkan air dan biar mendidih . Kemudian masukkan serai , bawang besar , dan daun limau.
4. Masukkan pes tomyam / kiub tomyam , cili , garam & perasa
5. Masukkan sayuran td dan biarkan sekejap .
6. Last sekali , kalau nak lagi KAWW masukkan tomato yg dah di blender .
Biarkan sebentar dan tutup api dapur .

Hasilnya sangat TIPTOP !




Moist Choclate Cake 


Assalamualaikum -.-
Sedang buat apakah ? hehehe .
Mesti teringin nak mengunyah sesuatu ? Apa kate anda buat sesuatu utk diri sendiri atau orang yg tersayang ~
Hmm , no idea ?
Yeahh , saya ade menyediakan satu resepi utk anda .
Oke laah , sini ade senarai bahan dan care penyediaannye .


Bahan A ;
-1 cawan gula
-1 cawan minyak jagung
-1 cawan susu pekat
-1 cawan susu cair
(Masak semua bahan ini)

Bahan B ;
-3 biji telur
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan serbuk koko
-1 sudu besar soda bicarbonate
-1 sudu baking powder

Topping ;
-serbuk koko
-susu pekat
(campur dan gaul bersama)

Cara ;
(1) Masak semua bahan A sehingga naik bau .
(2) Pukul telur sehingga kembang
(3) Masukkan bahan A kedalam mesin pemukul telur tadi . Kacau lagi .
(4) Masukkan tepung gandum , serbuk koko , soda bicarbonate , baking powder . Mesin lagi sehingga sebati  (5) Masukkan dalam loyang .
(6) Kukus dalam pengukus selama 30minit .
(7) Selepas sejuk , tuang topping atas kek . Hias ikut citarasa masing" .



Sangat simple bukan ?
Okee laa , selamat mencuba yaa !




Toasted Bread Banana

Haa , utk kali ini saya dapat idea utk pencuci mulut .
Atau lebih sesuai utk hidangan sarapan pagi ?
Err -.-
Sangat mudah utk di buat .
Hanya berbekalkan roti , peanut jem dan pisang .
Peliks ? Ohh tidak . Hasilnya sangat sedap .
Cuba laa , roti tuu ekot anda nak toasted atau takk .




Ahaa , menarik bukan ?
Selamat mencubaa !






Puding Jagung


Care penyediaannya juge sangat mudah .
Jangan susahkan kepala anda memikir utk hidangan minum petang .
Saya akan beri anda idea .


Bahan ;


-1 cawan tepung kastard
-1 cawan jagung manis
- 3 cawan gula
- 3 cawan air
- 1 1/2 susu cair

Cara-cara ;

(1) Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air .
(2) Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati .
(3) Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias mengikut citarasa anda .







Okee , SIAP !
Selamat mencubaa :D








Apam Polkadot


Ahaa , best kan tgk apam polkadot nih comelcomel ~
Saya pon suke tengok . 
Apelagi laa bile masuk mulut .
Dan terima dr orang yg tersayang kan ?
Wahh , jumlaa usha resepi kali nih .
Err -.-



Bahan ;
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara ;
(1)masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga
(2)bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan kembang
(3)masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
(4)picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
(5)letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
(6)letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
(7)picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
(8)last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak



Comel bukan ?
lakukan sesuatu di hari raya :D
sekian ~