Friday, October 25, 2013

Mentaliti orang kita .

Assalamualaikum ..
Bakal mencoretkan sesuatu yang menjadii buah fikiran sehari harianku .



"Bile nak keje ..?"
"Keje manee nanti ..?"

Hmm , tu pulakk antara persoalan yang timbul betul betul setelah aku tamatkan pengajian diplomaku -__- Hati nii rase sentap , luluh , sedih , pedihh .. Semua laa ade bercampur campur . Kalau diikutkan akal logik , siapa yang taknak kerja , siapa yang taknak pegang duit hasil titik peluh sendiri , siapa yang taknak bagi duit tiap bulan kat mak ayah . Right ?

Cuma , rezeki untuk saya belum ada , belum sampai . Teruskan berdoa berdoa dan berdoa tanpa jemu disamping usaha . Hmm , ada jugak kawan kawan lain cakap "its oke qila , jangan amek hati sangat standard laa fikiran orang melayu .." Guess what ? "Fikiran orang melayu"?

Terfikir takk macam tuu ? Err YA sebenarnya sebab soalan tuu berturutan dari kita kecik sampai laa kesudah mengikut peringkat kehidupan . Tak caya ? Oke mehh kita tengok cemana kitaran tuu .

1. Dari kecik , habes jeee UPSR .
"dapat berape result UPSR ..? "lepas ni nak masuk sekolah manee ..?" 

2. Dah dapat masuk sekolah menengah .
"nape tak dapat sekolah asrama penuh ..? or nape tak dapat MRSM ..?"

3. Dah settle SPM .
"dapat berape SPM ..? " Nak sambung study manee lepasnii ?"

4. Dah graduate .
"bile nak dapat keje nii ..?" "mane nak keje pasni ..?" 

5. Dah keje leklok .
"bile nak kawen..?" Asek keje jee . Fikir laa pasal hidup berkeluarga pulakk "

6. Dah kawen .
"bile nak ada bebi , macam lama sangat je dah hanimun tuu ..?"

7. Dah dapat bebi .
"bile nak tambah lagi .."?

Haaa , sampai laaa kesudahh sampai laa kita tak wujud lagi kat dunia nii agaknyaa . Hmm LUMRAH kehidupan bak kata kawan kawan yang disekeliling aku . Haduyaii , hadap jelaa setiap persoalan yang dikemukakan tuu . Tapi , ape yang aku tak setujuu , semua persoalan tuu tak dapat kita nak jawab . Semua persoalan tu milik Allah . Allah saja yang layak tentukan atau memberikan apa yang DIA nak beri :)

Bagi aku orang yang suka bertanya soalan soalan sensitip cenggini ialah orang yang TERLALU amek berat hal hal orang yang dia sayangi . Betul tak ? Dan , memang mentaliti orang melayu sendiri . Orang kita ! Dari orang dolu dolu bejangkit dgn generasi yang baru :)

Apepunn , kesabaran adaalah kunci yang terbaik bagi aku waktu waktu begini . Mesti dan aku percaya ada hikmah setiap apa yang berlaku . Cepat atau lambat pasti muncul hikmah tuu . So being positive is the BEST way :)

Sekian .





No comments: