Sunday, February 9, 2014

Sesungguhnya janji Allah itu pasti .

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah dah masuk bulan baru .
Haihh beratt keluhan ini. *terfikir fikir.

Disaat blog typing ini, aku sedang gusar memikirkan hari esok. Yup, plan yang diatur olehku sendiri musnah. Hati ini kuat padamu Ya Allah, aku tahu sesungguhnya tiap apa yang engkau telah suratkan itu lebih baik -- monolog dalaman. Aku sedang cuba sedaya aku terima takdir ini.

#throwback
Suatu petang, disaat seorang admin sedang menyiapkan laporan harian serta mingguan. Seorang admin itu telah menerima satu panggilan, yang sebenarnya seorang admin itu tahu dari mana datangnya panggilan itu. "Hello?"katanya. "Yah hello, saya dari .. bala bla bla .."
Tepat sangkaan seorang admin itu. Panggilan telefon dimatikan segera. Terdiam terduduk termangu. Memikirkan apa yang bakal berlaku seterusnya. "Kenapa?"tanya seorang manager. Hati seorang admin gembira dan senang diperlakukan begitu. Senyum hambar. "Dapat offer.." Tunduk. "Ohh.." Senyum dan mengangguk. Jalan dengan lemah longlai menghala ke meja seorang admin. --hati dalam menjerit menafikan. Sebak mula menguasai. Tangan sejuk.

Kenapa harus begini. Disaat hati sudah mulai redha dengan ketentuan yang dibuat sendiri, datang satu peluang yang tidak disangka. Yup, betul kata Professor Dr Hamka " Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dgn bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang itu boleh berlalu secara tiba-tiba .." --monolog dalam lagi. Cuba untuk meneliti setiap baris ayat itu.

Hati seorang admin pulang dengan perasaan yang carca marba. Tiba-tiba kat car park .. Glupp! Hati seorang admin tersentuh dengan perlakuan seorang manager. Airmata jatuh. Mungkin ada lain masa untuk kita-- berdoa dalam hati.

Berfikir bertafakur berhajat beristikharah sebelum keputusan diambil hari berikutnya -- fikir semasak masaknya. Segala keputusan ditangan seorang admin. Keputusan itu, yang bakal membuatkan perasaan yang lebih gembira terhadap seluruh orang disekelilingnya. Semoga --




Sekian.





No comments: